Perak Hari Ini

Nazri & Tun M Akhirnya Bertemu

KUALA KANGSAR:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akhirnya bertemu dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad di pondok rehat berhampiran Lembah Sayong pada jam 4.25 petang tadi.

Perjumpaan santai itu turut dihadiri Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mereka meluangkan masa berbicara sambil menikmati cendol dan laksa bagaimanapun pertemuan itu kelihatan agak janggal apabila kedua-dua pemimpin ini hampir langsung tidak berbual panjang.

Sejurus itu mereka sempat meluangkan masa menikmati pemandangan sungai Perak.

Terdahulu Tun Mahathir hadir ke Kuala Kangsar bagi menghadiri Bicara Rakyat Bersatu Batu 29 di Jalan Kota Lama Kiri di Kuala Kangsar pada jam 8.30 malam ini.

Nazri pada awalnya telah menantikan kehadiran Tun Mahathir hampir tiga jam dihadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar iaitu lokasi sepatutnya berlangsung penganjuran debat antara mereka berdua yang ditunda pada April ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");