Isu Panas

Kerajaan tidak akan muflis – Ku Li

GUA MUSANG: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan bakal berdepan muflis berikutan tekanan ekonomi pada masa ini.

Tegasnya, kerajaan mempunyai banyak aset dan diuruskan dengan cara baik walaupun ada sedikit sebanyak berlaku masalah ekonomi.

“Tekanan ekonomi bukan sahaja dihadapi Malaysia tetapi juga negara maju yang lain termasuk Amerika Syarikat. Malah, Amerika Syarikat lagi banyak menanggung hutang berbanding Malaysia, namun tidak ada masalah kerana situasi itu tidak lama.

“Kita percaya tekanan ekonomi yang dihadapi semua negara itu hanya sementara dan bakal pulih dalam masa terdekat nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan Jerek, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani; ADUN Galas, Ab Aziz Yusof dan Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Muhammad Zahari Othman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang yang menuduh kerajaan berdepan muflis berikutan tekanan ekonomi sekarang, memetik sumber Berita Harian Online.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, semua negara mempunyai perancangan untuk pemulihan sama ada ekonomi atau hutang negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");