Perak Hari Ini

Perak Berpeluang Jadi Hub Automotif Negara

IPOH:Pengumuman PROTON Holdings Bhd mengenai pemilihan rakan kongsi strategik yang dijangka selewat-lewatnya Mei depan dilihat mampu membantu negeri ini menjadi satu pusat baharu kepada industri automotif.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata ia merupakan satu peluang terbaik kepada Perak apabila Kilang pemasangan Proton Holdings Bhd. (Proton) akan berpindah ke Proton City, Tanjung Malim dari Shah Alam.

Katanya, Tanjung Malim bakal menjadi lokasi utama kepada perkembangan automotif seterusnya membentuk pusat-pusat pembekal barangan automotif.

Jelas beliau lagi, industri berkenaan dijangka akan berkembang ke seluruh negeri ini.

“Perak merupakan satu lokasi yang berpotensi besar kerana mempunyai sumber bahan mentah yang pelbagai.

“Malah, apabila industri automotif dibangungkan dengan pesat maka negeri Perak pasti muncul semula sebagai sebuah negeri yang kaya sama seperti era bijih timah dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan program Mini XCESS SME Bank Pusat Wilayah Utara di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pasaran jualan kereta di Malaysia masih ditahap sederhana iaitu sekitar 600,000 buah kereta terjual pada tahun 2016 berbeza dengan negara luar.

“Bagi negara luar seperti China penjualan mereka mencecah hingga 28 juta buah kereta begitu juga Amerika 17 juta dan Eropah sekitar 15 juah kereta terjual.

“Jika industri ini berkembang ia sekaligus mampu mengembangkan sistem penyelidikan negara dengan suntikan dana yang lebih besar daripada penjualan kereta yang banyak,” katanya lagi.

Malah jelasnya, perubahan teknologi bagi penghasilan kereta juga akan mengalami pelbagai perubahan dan kebanyakan syarikat pengeluar kereta bakal tampil dengan jenis kereta pintar pada tahun 2018.

“Sekiranya Malaysia tidak mengikuti arus perkembangan tersebut pastinya negara ini akan ketinggalan dan kita perlu mencari rakan startegik selain usaha untuk menjadikan Perak sebagai satu hub industri automotif,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");