Panasnya Hari Ini

RUU355: DAP kata ikut pendirian parti masing-masing

SHAH ALAM – Semua parti komponen dalam Pakatan Harapan dan Bersatu akan membuat pendirian masing-masing ketika membuat undian mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Menurut Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook, Amanah, PKR, Bersatu dan partinya ketika ini masih belum ada kata sepakat ketika membuat undian di sidang parlimen nanti.

“Bagaimana pun, saya percaya ahli-ahli parlimen dari Amanah akan membuang undi tidak setuju mengenai pindaan akta ini,” kata Siew Fook seperti yang dilaporkan dalam Sin Chew Daily.

Buat masa ini, Amanah mempunyai enam ahli parlimen.

Siew Fook mengakui buat masa ini keempat-empat parti pembangkang ini masih belum mencapai sebarang kata sepakat, namun tidak menolak kemungkinan akan wujud persefahaman tidak lama lagi.

Beliau menjelaskan, buat masa ini, keempat-empat parti masih belum sampai ke peringkat untuk mencapai kata sepakat memandangkan isi kandungan mengenai pindaan ini belum diperolehi lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Raub (DAP), Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz memberitahu, partinya tidak pernah memaksa beliau dan seorang lagi ahli parlimen DAP beragama Islam, iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, untuk membantah RUU355 ini, sebaliknya menyerahkan kepada keputusan sendiri memetik sumber Sinar Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");