Sukan Hari Ini

Wan Kuzain dalam radar Kim Swee

Kuala Lumpur: Pemain muda yang dikenali sebagai ‘Messi Amerika’, Wan Kuzain Wan Kamal kini berada dalam radar jurulatih skuad bawah 23 tahun Datuk Ong Kim Swee bagi dua misi penting tahun ini.

Menurut Kim Swee yang baru dilantik menggantikan Frank Bernhardt minggu lalu, beliau akan cuba berbincang dengan pemain berusia 18 tahun itu seandainya dia berminat menyertai skuad muda negara.

“Kalau dia berminat, kita akan usahakan. Buat masa ini kita akan cuba menghubunginya serta pihak pengurusan pasukan dan Universiti Akron bagi mengetahui statusnya.

“Pada saya, kemampuannya sudah terserlah apabila beraksi dalam liga profesional di Amerika Syarikat. Malah dia juga pernah bermain dengan skuad muda Amerika Syarikat (B-17),” katanya kepada Arena Metro semalam.

Akhbar ini kelmarin melaporkan mengenai sejarah dilakar Kuzain apabila membuat kemunculan pertamanya selaku pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL) dengan membarisi kesebelasan utama Swope Park Rangers menentang OKC Energy memtik sumber Harian Metro Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");