Berita Hari Ini

200 Pelajar Sertai Seminar Didik Rakyat UPSR

SHAH ALAM: Seramai 200 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada lima sekolah di sini, didedahkan dengan pelbagai panduan dan teknik menjawab soalan bagi memperoleh keputusan cemerlang menerusi Seminar Didik Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong, di sini, hari ini.

Seminar sehari itu membabitkan tiga mata pelajaran iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Pengerusi YBR, Datuk Abdul Rahman Kasim, berkata pihaknya berharap peserta memanfaatkan peluang dan ilmu diperoleh bagi memantapkan persediaan menjelang peperiksaan, sekali gus meningkatkan pencapaian dalam UPSR kelak.

“Guru yang hadir juga boleh mengambil ilmu disampaikan penceramah yang terdiri daripada guru pakar untuk dikongsikan bersama pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri kerana penyertaan hanya terhad kepada 200 peserta saja.

“YBR dan Bank Rakyat akan terus melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk menganjurkan Seminar Didik Rakyat dengan kerjasama BH dan Kementerian Pendidikan.

“Kita akan menganjurkannya di 50 lokasi di seluruh negara pada tahun ini,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Seminar Didik Rakyat 2017, di sini.

Yang turut hadir, Pengarang Bersekutu Mingguan/BH2, Azhar Abu Samah, Guru Besar SK Bukit Jelutong, Abd Aziz Md Ali dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Jelutong, Salehudin Hamid.

Seminar sehari itu diadakan secara percuma bagi pelajar dari sekolah pilihan Bank Rakyat khususnya pendeposit Bank Rakyat, bagi memberi pendedahan mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan kepada peserta, memetik sumber Berita Harian Online.

INFO: Seminar Didik Rakyat

– Dianjurkan dengan kerjasama BH

– Selain UPSR, acara tahunan YBR-BH turut membabitkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

– Sebanyak 50 program diadakan di seluruh negara dengan kebanyakannya diadakan di luar bandar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");