Sukan Hari Ini

Marquez Sambar Petak Utama Kali Kelima

WASHINGTON: Juara dunia tiga kali, Marc Marquez menyambar petak utama kelima berturut-turut di Grand Prix Amerika dengan penuh bergaya, awal pagi tadi apabila mengatasi pendahulu kejuaraan MotoGP, Maverick Vinales di pusingan kelayakan terakhir.

Pelumba Honda yang juga sensasi Sepanyol itu menyimpan tenaga untuk melakar masa terpantas dua minit 2.741 saat (s) bagi memastikan dia mengatasi pelumba Yamaha, Vinales di pusingan terakhir dengan kelebihan 0.130 saat.

“Petak utama membuatkan saya merasakan lebih bagus kerana secara jujurnya, saya tidak begitu mengharapkannya,” kata Marquez.

“Hakikatnya saya fikir ia akan menjadi sukar.

“Sebenarnya saya agak bergelut sepanjang minggu ini. Kami tahu pesaing amat bertenaga dengan tayar baharu sekali gus memaksa kami bekerja keras untuk memastikan saya dapat mencapai prestasi terbaik.

“Apa pun, ini adalah litar kegemaran saya, jadi saya katakan kepada diri sendiri ‘ayuh mencuba’. Pada pusingan terakhir saya memaksa diri ke tahap maksimum dan akhirnya kami mendapat satu lagi petak utama di Austin.”

Rakan sepasukan Vinales, Valentino Rossi melengkapkan grid depan menerusi percubaan akhir yang cemerlang untuk mencatat 2:03.673.

Pelumba Honda dari Sepanyol Dani Pedrosa pula keempat dan akan disertai Johann Zarco (Yamaha) bekas juara dunia Jorge Lorenzo (Ducati) di barisan grid kedua. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");