Perak Hari Ini

Navy Sportive Galak Warga TLDM Jadi Sihat

LUMUT: Bersempena sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke-83 yang akan disambut pada 27 April ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dan salah satu daripadanya adalah acara Navy Sportive.

Acara yang merangkumi kecergasan rohani dan gaya hidup sihat warga TLDM itu telah bermula seawal jam 7.30 pagi dengan perasmian Fun Cycling Track oleh Panglima Armada Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan Mohamad Ramli.

Laluan tersebut adalah untuk aktiviti berbasikal di dalam pangkalan bertujuan menggalakan warga TLDM mempelbagaikan aktiviti riadah yang mampu mengekalkan kecergasan badan.

Memetik sumber kenyataan medianya hari ini, program yang dikendalikan oleh KD Sultan Idris 1 itu mensasarkan penglibatan lebih 2000 warga TLDM.

Malah program itu juga diharapkan mampu memupuk semangat kesukanan disamping memastikan kecergasan warga TLDM setiap masa serta mampu memupuk semangat setiakawan dan kersama yang tinggi The Navy People.

Pada majlis yang sama turut berlangsung ceramah kesihatan bertajuk ‘kepentingan warming up sebelum bersukan dan mengelakan dihidrasi’ yang disampaikan oleh Mej Dr Harvind Singh dari 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut.

Turut berlangsung acara senamrobik beramai-ramai dan larian mega pangkalan.

Panglima Armada turut mengadakan lawatan ke gerai pameran dan jualan peralatan sukan seperti BATA, Life Fitness, peralatan basikal dan bina badan.

Panglima Armada juga terlibat secara lengsung dengan semua aktiviti yang dirancang sebagai galakan kepada warga TLDM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");