Panasnya Hari Ini

TH Serah Hadiah Utama Pada Qari Dan Qariah

KUALA LUMPUR– Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim baru-baru ini hadir di Majlis Penyerahan Hadiah Utama Kepada Johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017/1438H.

Menerusi majlis berkenaan, Abdul Azeez telah menyerahkan dua buah kereta Proton Exora 1.6 CVT Turbo Executive kepada kedua-dua pemenang berkenaan.

Sebelum ini Qari Wilayah Persekutuan, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, manakala Qariah pula dari Negeri Sembilan, Normalina Alias telah dinobatkan sebagai johan tilawah itu.

Wan Fakhrul Razi yang mengumpul 89 peratus markah dan Normalina (86.33 peratus), masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000; piala pusingan; sebuah kereta PROTON Exora; tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji, RM1,000 sumbangan kerajaan Melaka, cenderamata dan sijil penyertaan.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");