Berita Hari Ini

CEO FGV Serah Jawapan Surat Tunjuk Sebab

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad, yang digantung tugas, telah menyerahkan jawapan kepada surat tunjuk sebab kepada syarikat itu, Khamis.

Bagaimanapun, surat berkenaan diserahkan bagi pihaknya oleh adiknya, Maulud Arshad, kepada setiausaha syarikat FGV, Koo Shuang Yen pada jam 11.30 pagi ini.

Jawapan itu berkaitan dengan surat tunjuk sebab mengenai hutang lama Safitex Trading LLC denganDelima Oil Products Sdn Bhd, kata Zakaria dalam kenyataan.

Zakaria diarahkan bercuti dari semua tugasnya pada 6 Jun lepas sementara menunggu siasatan dalaman terhadap beberapa urusan dengan Delima Oil Products, anak syarikat FGV.

Tarikh asal untuk menyerahkan jawapan kepada surat tunjuk sebab ialah 20 Jun tetapi dilanjutkan hingga 23 Jun dan seterusnya sebelum tengah hari ini.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");