Sukan Hari Ini

Cherchesov Akui Kehebatan Ronaldo

PENGENDALI Russia, Stanislav Cherchesov mempertahankan pasukannya selepas membenarkan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo untuk menjaringkan gol tunggal di Moscow awal pagi tadi sekaligus menggugat peluang mereka untuk mara ke perlawanan separuh akhir Piala Konfederasi.

Ronaldo membuka jaringan pada minit kelapan perlawanan untuk menewaskan penjaga gol, Igor Akinfeev sekaligus membantu juara Eropah itu meraih tiga mata penuh untuk menduduki tangga teratas Kumpulan A.

Cherchesov telah ditanyakan bagaimana barisan pertahannya membenarkan bintang Real Madrid itu mudah mencari ruang sebelum menjaringkan gol.

“Bukan hanya kami yang ditewaskan oleh Ronaldo, lihat berapa banyak Ballon d’Or telah dimenangi oleh penyerang itu. Kami membenarkan pasukan lawan melakukan hantaran silang dan Ronaldo berjaya menyempurnakan tandukkannya,” kata Cherchesov.

Cherchesov juga menolak cadangan anak buahnya gagal mempamerkan persembahan yang mantap di depan penyokong sendiri di Stadium Spartak.

“Perlawanan ini tidak berjalan seperti apa yang kami rancang dan kami cuba menukar strategi bagi menghadapi separuh masa kedua. Kami berjaya memberikan tekanan kepada Portugal tetapi gagal melakar jaringan gol.

Russia kini menduduki tangga ketiga dan secara realistiknya mereka perlu menewaskan Mexico di Kazan pada Sabtu untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Kami memiliki sasaran untuk ke separuh akhir dalam saingan ini. Kami perlu mencari tiga mata penuh dalam aksi berikutnya.”

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");