Perak Hari Ini

Peniaga Perlu Pamerkan Tanda Harga Barangan Kawalan Dengan Teratur

KAMPAR:Peniaga dinasihatkan agar mempamerkan tanda harga barangan kawalan supaya memudahkan urusan pengguna terutama pada musim perayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil Datuk Samsudin Abu Hassan berkata hasil pemantauan pada tiga hari sebelum menjelangnya Aidilfitri di Pasar Awam Kampar mendapati para pengguna memahami tentang barangan terkawal namun perletakan label warna merah jambu pada barang kawalan yang didapati masih belum teratur.

“Ada yang menulis pada plastik merah jambu, tulisan begitu kecil dan tidak dipamerkan di bahagian sepatutnya di dinding menyukarkan pembeli membuat pemilihan harga

“Ada peniaga yang letakkan lagi murah dari harga yang sepatutnya yang memberikan keuntungan kepada pengguna,” katanya sejurus selepas mengadakan pemantauan harga barangan kawalan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di Pasar Awam Kampar di sini hari ini.

Jelasnya lagi, peletakan tanda harga tidak sepatutnya dianggap remeh sama ada dalam musim perayaan atau bukan kerana ia menjadi kemestian dan perkara penting kepada peniaga mudahkan pengguna mengetahui harga sebenar.

Jelasnya lagi, sikap pengguna perlu ditingkatkan kerana kefahaman terhadap harga kawalan masih kurang memberangsangkan kini.

“Pengguna kelihatan tidak kisah mengenai harga, pendidikan kepenggunaan perlu dipertingkatkan supaya pengguna dan peniaga ada hubungan akrab yang baik.

“Sistem kawalan harga digunakan 2000, sasaran pemahaman 100 peratus tetapi setakat ini hanya 80 peratus bukan satu perkara baru setiap perayaan dapat memenuhi objektifnya,”katanya.

Tambahnya lagi tinjauan barangan kawalan oleh Penguatkuasa KPDNKK dijalankan di seluruh daerah di negeri ini melibatkan pasar awam dan pasaraya.

“Pengguna disaran supaya membuat persediaan awal dengan membeli brangan dapur dan mentah terlebih dahulu.

“Ia bagi mengelakkan kesesakan dan barangan yang berkualiti jangan beli saat akhir dan membuat persediaan awal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");