Perak Hari Ini

Perak Nafi Beri Bantuan BR1P Sempena Ramadhan

IPOH:Orang ramai disaran supaya tidak terpedaya dengan maklumat hebahan berkaitan Bonus Rakyat Perak (BR1P) yang tular di media sosial dan aplikasi WhatApps kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tiada sebarang bentuk bantuan sedemikian yang diberikan dan ia merupakan tindakan golongan yang tidak bertanggungjawab.

“Ia tindakan penyebaran di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kita meminta orang ramai tidak percaya kepada berita palsu diberitahu menerusinya,” katanya.

Terdahulu hebahan itu mengatakan Menteri Besar Perak telah melancarkan program BRIP utk membantu rakyat Perak menyambut bulan Ramadhan.

Sebanyak RM750 didakwa akan diberikan kepada semua rakyat Perak sahaja berumur 16 hingga 55 tahun, yang memerlukan mereka mengisi permohonan tersebut di pautan yang disediakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");