Jenayah

Polis Tahan 14 Individu Berjudi

JOHOR BAHRU: Polis menahan 14 individu dipercayai terbabit dalam aktiviti perjudian dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Ungku Tun Aminah, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata dalam serbuan jam 12.30 pagi itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM24,486 dan S$240.

Antara yang ditahan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor berdasarkan risikan serta maklumat awam itu adalah 12 pemain, termasuk dua wanita serta dua penganjur berusia antara 25 hingga 60 tahun.

“Operasi ini bertujuan membanteras kegiatan perjudian, dan ketika serbuan mereka tidak sempat melarikan diri kerana berada di tingkat atas bangunan kedai berkenaan.

“Dipercayai aktiviti perjudian ini bermula sejak seminggu lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, turut dirampas pelbagai barangan termasuk meja, kerusi, piring, dadu dan cip pelbagai warna.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");