Berita Hari Ini

BNM Sedia Beri Kerjasama Penuh

SHAH ALAM – Bank Negara Malaysia (BNM) mengalu-alukan pembentukan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) menyiasat secara bebas kerugian urus niaga mata wang asing (forex), sekali gus menyelesaikan kes lebih 25 tahun lalu.

BNM dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada RCI dengan mengemukakan maklumat seperti dikehendaki undang-undang.

“Dalam mana-mana negara, legitimasi, integriti dan kredibiliti Bank Pusat adalah amat penting untuk memelihara keyakinan orang ramai bagi mengekalkan sistem kewangan kukuh dan ekonomi stabil,” kata kenyataan itu memetik sumber Sinar Harian.

BNM juga memberi jaminan kepada orang ramai dan pasaran kewangan bahawa BNM akan kekal fokus dalam melaksanakan tanggungjawab dan mandat kepada negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");