Sukan Hari Ini

Pressy: Wakili Negara Seperti Mimpi Jadi Kenyataan

ATLET karate, Pressy Misty Philip, berkata peluang mewakili negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur; 19 hingga 30 Ogos depan, seperti satu mimpi yang menjadi kenyataan.

Remaja kelahiran Tambunan, Sabah, itu berkata dia akan memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan karate Malaysia mencapai keputusan baik dalam temasya berkenaan.

“Saya berasa sangat gembira kerana saya bekerja keras untuk ini (mewakili negara) walaupun terpaksa membahagikan masa dengan pelajaran.

“Ianya pasti akan memberi pengalaman hebat terutama apabila saya adalah satu-satunya atlet dari Sabah dalam pasukan karate negara,” katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Pressy berkata, dia juga terpaksa menangguhkan pelajarannya di Kolej Matrikulasi Labuan untuk membantu pasukan negara, namun, menegaskan akan kembali memberi tumpuan selepas Sukan SEA berakhir.

Dia mula mendaftar di kolej berkenaan pada 5 Jun lalu, namun, dia kini berada di ibu negara untuk menyertai kem negara dalam program Kita Juara.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA), Julian Chin, ketika dihubungi berkata beliau bangga dengan pancapaian Pressy yang dipilih untuk mewakili negara.

“Penglibatan Pressy dalam pasukan negara adalah satu kebanggaan bagi kami,” katanya.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");