Perak Hari Ini

Tutup Lorong Tambah Nilai, Mampu Kurangkan Kesesakan

BAGAN SERAI:Pengumuman PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menutup kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya itu mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini diakui tidak mampu mengurangkan kesesakan jalan raya sepenuhnya.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bagaimanapun berkata usaha itu sedikit sebanyak memberi kesan positif apabila kesesakan di lebuh raya menjelang Syawal dapat dikawal.

Katanya, ia merupakan pendekatan yang diambil oleh PLUS bertujuan mengurangkan kesesakan.

“Biarpun penutupan lorong tunai namun masalah kesesakan tetap berlaku namun ia mampu dikurangkan,” katanya kepada media sejurus selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 160 wakil sayap UMNO Bagan Serai di sini hari ini.

Malah jelasnya, bagi memastikan kelancaran trafik, sebarang penyelengaraan jalan melibatkan lorong lebuh raya tidak akan berlaku pada waktu perayaan.

Tambahnya lagi, kenderaan berat juga akan dilarang menggunakan laluan milik konsesi terutamanya pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakkan dan kemalangan.

“Pengguna perlu lebih bijak dan berdisiplin mengatur perjalanan terutama pada musim perayaan,” katanya lagi.

Sementara itu, sempena Syawal ini, DR Noor Azmi kembali mengimbau budaya tradisi menghantar kad raya kepada kenalan tetapi uniknya kali ini kad ucapan raya dihantar kepada penduduk di Parlimen Bagan Serai.

“Sekarang zaman sosial media ucapan dari aplikasi WhatApp sudah biasa jadi saya buat satu kelainan dengan memberi kad raya kepada penduduk di Parlimen Bagan serai dan kad hari raya itu bukan dihantar melalui pos ke rumah masing-masing,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");