Jenayah

Dua Kereta Bertembung, Lima Cedera

BATU GAJAH: Lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Muzium Kapal Korek di Jalan Batu Gajah-Tanjung Tualang pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.42 pagi.

Katanya, sebaik tiba, pasukan itu mendapati sebuah Proton Iswara sedang terbakar dipercayai selepas bertembung dengan sebuah kereta Hyundai Getz.

“Anggota melakukan pemadaman menggunakan satu aliran hos dari tangki jentera sehingga api dipadamkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Katanya, seorang lelaki yang memandu Proton Iswara terselamat manakala pemandu dan empat penumpang Hyundai Getz mengalami cedera ringan dan dikeluarkan oleh orang ramai dari kenderaan itu.

“Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Gajah bagi menerima rawatan susulan dan operasi tamat pada jam 9.43 pagi,” katanya.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");