Jenayah

Penjaga Kolam Udang Mengaku Bersalah Liwat Dua Anak Tiri

JOHOR BAHRU: Seorang penjaga kolam udang mengaku bersalah di mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas lima pertuduhan melakukan perbuatan seks luar tabii terhadap anak tirinya berusia 7 dan 11 tahun.

Memetik laporan Astro Awani,Mahkamah menetapkan 3 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan menetapkan hukuman ke atas tertuduh berusia 24 tahun itu.

Pengakuan bersalah direkodkan di hadapan Hakim Muhammad Khalid Ab Karim.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu diantara April 2016 hingga 12 Julai 2017 di empat lokasi berbeza di sekitar Mersing, Johor.

Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana masih mempunyai hubungan bersama isteri yang juga ibu kepada dua mangsa.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan 377CA Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafiuddin.

Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");