Berita Hari Ini

KJ Mohon Maaf Isu Bendera Indonesia Dicetak Terbalik

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia atas kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam sebuah buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Beliau berkata kesilapan itu tidak disengajakan.

“Bapak Imam, saya minta maaf atas kesilapan ini. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf,” katanya.

Pembukaan #SEAgame2017 yg bagus tapi tercederai dg keteledoran fatal yg amat menyakitkan. Bendera kita….Merah Putih. Astaghfirullaah… pic.twitter.com/k92SlDdBqB

Bapak Imam, Please accept my sincere apologies for this. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf.

Khairy berkata demikian di laman Twitternya sebagai jawapan kepada catatan Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi mengenai kesilapan demikian.

Dalam buku panduan itu, bendera Indonesia dicetak terbalik.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Penganjur Malaysia Sukan SEA 2017 (MASOC) dalam kenyataan awal pagi ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Ia berkata Khairy, yang juga pengerusi MASOC, akan membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya hari ini untuk sekali lagi memohon maaf bagi pihak jawatankuasa itu.

“Kesilapan ini amat dikesali dan kami percaya hubungan erat antara dua negara ini akan lebih diperkukuhkan di bawah semangat Sukan SEA,” menurut kenyataan itu lagi. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");