Jenayah

Lelaki Ditemui Mati Dalam Viva

TAIPING: Seorang lelaki ditemui mati dalam kereta di persimpangan lampu isyarat di Taman Kota Jaya di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.05 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, didapati terdapat seorang lelaki Melayu tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu dalam kereta jenis Perodua Viva,” katanya di sini.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian memecahkan cermin tingkap bahagian penumpang belakang sebelum mengeluarkan mangsa.

Menurut laporan dari BH Online, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pasukan polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");