Jenayah

Polis Israel Tuduh Ulama Hasut Keganasan

BAITULMAQDIS: Polis Israel semalam menahan seorang ulama yang berulang kali dituduh menghasut keganasan di tapak suci Baitulmaqdis yang melihat ketegangan sekali tercetus, bulan lalu.

Raed Salah yang dibebaskan dari penjara Januari lalu selepas menjalani hukuman sembilan bulan, dituduh menghasut keganasan dan menyokong serta menyertai organisasi haram, kata polis.

Kumpulannya, cabang utara Pergerakan Islam di Israel, diharamkan pada 2015 selepas dituduh menghasut keganasan yang dikaitkan dengan kawasan Haram al-Sharif.

Menurut Harian Metro, polis semalam dalam satu kenyataan berkata, Raed didakwa menyokong tindakan keganasan secara terbuka terhadap negara itu beberapa kali susulan pengharaman organisasinya.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada dakwaan itu dikaitkan dengan serangan maut bulan lalu di tapak suci itu yang turut menempatkan Masjid Al-Aqsa.

Keganasan tercetus di dalam dan sekitar kawasan itu selepas tiga lelaki Arab Israel menembak mati dua polis Israel pada 14 Julai lalu.

Israel bertindak balas dengan memasang pengesan logam di pintu masuk ke kompleks berkenaan.

Raed menjalani hukuman penjara sembilan bulan selepas didakwa menghasut bantahan ganas di tapak suci itu.

Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan berkata dalam satu kenyataan susulan penangkapan Raed semalam berharap ‘kali ini keadilan dapat dilakukan dan dia akan dimasukkan ke penjara untuk jangka masa yang lama.’

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");