Membawang Hari Ini

Shaheizy Sam Terkejut Diisytihar Bankrap, Nama Terpampang Di Akhbar

PELAKON Shaheizy Sam terkejut apabila namanya telah diisytihar sebagai orang bankrap.

Menurut Sam, satu notis telah dikeluarkan kepadanya melalui Perintah Mahkamah oleh Kerajaan Malaysia di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang.

Bagaimanapun Sam berkata, dia tidak pernah menerima apa-apa notis dan akan mendapatkan penjelasan daripada agen cukai berhubung perkara  tersebut.

“Saya tidak peka mengenai perkara ini. Tiada seorang pun daripada LHDN yang datang kepada saya dan tidak ada notis daripada mereka dan ejen cukai saya.

“Malah ejen cukai saya juga naik turun LHDN beberapa bulan lalu.

“Yes. In fact the person from LHDN came to my house last two weeks and hand me over a CP 500 letter (notis anggaran berapa bayaran harus dibayar tahun ini) and still takde mention all this,” katanya kepada Astro Gempak.

Bintang flem aksi lasak, Polis Evo itu turut berkata agen beliau sedang menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Semalam, satu notis kebankrapan telah dikeluarkan terhadap Shaheizy melalui Perintah Mahkamah oleh Kerajaan Malaysia di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang.

Perintah Mahkamah tersebut disampaikan secara penyampaian ganti dengan salinan Notis Kebankrapan beserta dengan salinan Perintah Mahkamah tersebut di Papan Notis Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor di alamat terakhir penghutang penghakiman iaitu M-11 Mahogany Villas, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Iklan di sebuah akhbar Bahasa Malaysia untuk sekali siaran mengenai prosiding terhadapnya dan penyampaian yang sempurna dan cukup akan Notis Kebankrapan tersebut ke atasnya tujuh hari selepas tarikh akhir perbualan penampalan-penampalan dan pengiklanan tersebut.

Notis itu turut menyebut ianya boleh diperiksa olehnya dengan permohonan kepada Mahkamah ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");