Membawang Hari Ini

Haneesya Mahu Dekati Masyarakat

BEKAS juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee mengakui dia kini mahu mendekatkan diri semula dengan masyarakat selepas apa yang berlaku terhadap dirinya.

Haneesya, 19, berkata kepada Harian Metro, dia tetap bersyukur kerana masih ada yang menyayangi dan memberikan kata-kata positif buatnya.

“Diakui selepas apa yang berlaku, bukan mudah saya nak berdepan dengan masyarakat. Itu adalah hakikat.

“Jadi, untuk memperbaiki diri, saya dekatkan diri dengan Allah, masyarakat dan mereka yang memerlukan. Sebenarnya saya lupa ini sesuatu yang saya suka untuk buat.

“Ya, saya mengaku hilang fokus daripada sasaran sebenar,” katanya.

Terdahulu, Haneesya mencetuskan kontroversi apabila rakaman videonya sedang berparti bersama dua lagi finalis di sebuah kelab tersebar selepas dinobatkan sebagai Dewi Remaja.

Susulan itu, pihak penganjur membuat keputusan menarik semula kemenangannya termasuk hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi yang diterima pada Khamis lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Haneesya yang juga pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek sebak dan terharu melihat semangat ditunjukkan anak yatim daripada program Kembara Kasih anjuran Pertubuhan Kebajikan Kembara Kasih Bangi, Selangor.

“Mereka anak yang hebat. Biarpun ada banyak masalah, tetapi mereka tetap senyum dan ketawa.

“Ia menyentuh hati sekali gus menguatkan lagi semangat saya untuk berdepan dengan apa jua masalah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");