Perak Hari Ini

Jadikan Kejayaan Usahawan OKU Sebagai Pencabar

BATU GAJAH:Kejayaan usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU) perlu dijadikan contoh dan pembakar semangat buat para pencari kerja di luar untuk bersaing mendapatkan pekerjaan sekaligus mengubah kehidupan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata insan istimewa yang bergelar usahawan di negara kita telah membuktikan kekurangan yang dimiliki mereka tidak menjadi penghalang untuk berjaya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Karnival Pekerjaan, Kemahiran dan keusahawanan Insan Istimewa anjuran Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di Jalan Tanjung Tualang hari ini.

“Pihak usahawan OKU terpilih telah dibeikan pembiayaan latihan dan pembangunan dan sebaiknya mereka ini dijadikan pencabar kepada pencari kerja kerja atau penganggur supaya membuang sikap dan pemikiran adanya pengangguran dalam kehidupan ini,” katanya.

Program yang menghimpunkan 100 usahawan dan pelajar OKU dianjurkan bagi membantu mengalakkan dan memperkasakan mereka dalam bidang kemahiran dan keusahawanan.

“Mereka telah dibantu oleh kerajaan dengan modal dan bimbingan seperti mana yang telah dilakukan oleh pelbagai agensi yang terdapat dalam negara kita dan saya harap supaya penganggur sempurna sifat supaya bangun dan bangkit seperti mereka untuk berdikari buang segala sifat negatif ada dalam diri kita.

“Jadikan pencabar kepada sempurna sifat untuk bangun dan bangkit menjayakan misi kearah negara maju,” katanya.

Tambahnya lagi sebanyak RM2 juta diperuntukkan kementerian bagi membantu usahawan OKU dan setakat tahun lepas sebanyak 60 usahawan telah mendapat manfaat daripadanya.

Sementara itu beliau turut menyampaikan geran bantuan perniagan dibawah skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGPOKU) dan Program Pembangunan Usahawan Mikro Bumiputera (MCash) kepada pemohon yang berjaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");