Pada tahun lalu, Pendakwa Raya Amerika Syarikat (AS) mendakwa dua bekas tokoh perbankan Goldman kerana mencuri berbilion dolar daripada 1MDB.

Leissner, bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, mengaku bersalah terhadap konspirasi dalam pengubahan wang dan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.

“Apabila badan kawalan dalam firma bertanya sama ada perantara terlibat dalam setiap transaksi, mereka berkata ‘tidak’.

“Leissner sendiri berkata tiada perantara terlibat dalam transaksi,” kata Solomon pada persidangan dengan para penganalisis seperti dilapor Reuters.

Goldman disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) mengenai peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur penjualan tiga bon sebanyak AS$6.5 bilion (RM26.71 bilion) untuk 1MDB.

DoJ berkata, sejumlah AS$4.5 bilion telah disalahguna oleh pegawai atasan dan rakan sejawat dana itu antara 2009 hingga 2014. – Agensi