Berita Hari Ini

SUV Terhumban Ke Laut Ditemui

GEORGETOWN: Kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang terhumban dari Jambatan Pulau Pinang selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 jambatan itu ditemui jam 4 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata kenderaan terbabit ditemui 15 meter daripada tiang 34 jambatan itu.

Menurutnya, setakat ini usaha untuk menaikkan SUV terbabit akan dilakukan menggunakan kren memetik laporan Berita Harian.

“Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) kini masih menjalankan kerja-kerja mereka di lokasi kenderaan itu ditemui.

“Kita akan mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");