Kolumnis

Lawat Gaza: Keberanian Rosmah Dikagumi

Kalau penulis di tempat isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, penulis lebih gemar tinggal sahaja di Mesir, membiarkan Perdana Menteri bersendirian masuk ke Gaza. Buat apa ambil risiko kehilangan nyawa di kawasan yang menjadi sasaran senjata tentera Israel hampir tiap hari?

Lagipun isteri Perdana Menteri bukan orang politik, justeru kalau adapun keuntungan politik yang mampu diperolehi dari lawatan tersebut, ia hanya menguntungkan suaminya, bukan isterinya.

Tapi itu hanya bagi penulis, hakikatnya Datin Seri terbukti seorang wanita yang luar biasa apabila sanggup mengenepikan semua itu demi mengiringi suaminya ke Gaza. Berlawanan sungguh dengan apa yang sering digambarkan penyokong pembangkang disini.

Boleh dikira berapa kerat sahaja wanita pertama negara-negara di dunia yang pernah berkunjung ke Gaza. Benar, Najib bukan Perdana Menteri pertama di dunia yang melawat kawasan bergolak tersebut, sebelum beliau pun sudah ada beberapa pemimpin Arab yang berkunjung ke Gaza, tapi penulis yakin beliau adalah antara segelintir pemimpin yang berani membawa isterinya masuk ke kawasan tersebut.

Semua ini sebenarnya memberi makna yang besar. Perdana Menteri dan isteri bukan bercakap besar sahaja mengenai Gaza dan pembelaan ke atas rakyat Palestin, tapi beliau membuktikannya kepada dunia dan rakyat negara ini sendiri dengan melihat sendiri penderitaan umat Islam di sana dan menawarkan bantuan dari Malaysia.

Siapa sangka?

Maka itu tidak hairanlah kenapa penulis lihat pembangkang sedang bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menidakkan kejayaan dari lawatan tersebut. Awal-awal lagi semalam, sudah ada blog pro Pakatan Rakyat yang secara terang-terang menyifatkan lawatan itu sebagai memalukan negara ini kerana Hamas adalah sebuah pertubuhan pengganas yang disenaraikan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Terbaru, ada dakwaan dari pembangkang bahawa lawatan Najib menunjukkan Malaysia cuba campur tangan dalam urusan Palestin yang secara harfiahya diperintah oleh 2 entiti berbeza iaitu Fatah dan Hamas. Semua reaksi ini memang sudah dijangka, kerana pembangkang di Malaysia hanya tahu mengkritik segala usaha baik yang dilakukan Najib dan pentadbirannya untuk kesejahteraan umat Islam di negara ini dan di bahagian lain di dunia, terutama di Palestin.

Sedangkan mereka sendiri tidak berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan tersebut.

Apatah lagi, pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim telah memberikan komitmen secara terbuka untuk melindungi keselamatan Israel kepada majalah antarabangsa The Wall Street Journal awal tahun lepas. Dengan komitmen sedemikian, tidak sesiapa pun akan menjangka pembangkang di Malaysia ini akan menyokong tindakan Perdana Menteri dan isterinya masuk ke Gaza membantu rakyat Palestin di sana.

Penulis harap lawatan bersejarah ini mampu mengubah tanggapan negatif sebahagian rakyat Malaysia yang termakan tipu helah pembangkang, mengenai peribadi Datin Seri Rosmah. Terbukti kini beliau adalah wanita yang berani dan sanggup mengambil risiko demi membantu rakyat Palestin.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");