Isu Panas, Perak Hari Ini

Dua Murid Dipaksa Pakai Loceng Dan Makan Rumput

PERAK TODAY 2

Seorang ibu mendakwa anaknya telah didenda secara melampau oleh seorang guru di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dekat Sungkai, baru-baru ini.

Pengadu, Yarnis Kasuma Zainal Abidin telah membuat satu laporan polis berhubung tindakan melampau guru tersebut terhadap anak lelakinya, Mohd Izat Iqbal Mohd Harith dan rakannya, Muhammad Nasvinder Mohd Amit atas alasan tidak menyiapkan kerja sekolah.PERAK TODAY 1

Guru terbabit didakwa memakaikan loceng di leher kedua-dua murid itu dan kemudiannya memaksa mereka memakan rumput pada ketika waktu rehat.

Menurut bapa saudara salah seorang murid terbabit, Muktasim Hashim, 28, berkata tindakan guru tersebut tidak berperikemanusiaan kerana sanggup memberi hukuman denda sedemikian rupa kepada anak muridnya.

“Empat murid melakukan kesalahan iaitu dua berbangsa Cina dan dua lagi murid Islam, iaitu Mohd Izat Iqbal dan Muhammad Nasvinder yang dihukum denda memakai loceng dan dipaksa makan rumput,” katanya.

Jelasnya, tindakan yang diambil pihak keluarga bukan atas dasar anti perkauman sebaliknya mahu memberi pengajaran kepada guru tersebut yang telah melanggar etika perguruan.

Biarpun pemohonan maaf telah dinyatakan oleh guru terbabit, namun bagi pihak keluarga murid, ia masih tidak mencukupi.

“Kita harap tindakan tegas diambil terhadap guru tersebut kerana kedua-dua murid terbabit berada dalam keadaan trauma ekoran kejadian itu,” katanya lagi sambil menegaskan laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Sungkai, petang semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");