Berita Hari Ini

KDN, JAKIM Tubuh Unit Polis Syarie

zahid

Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersetuju untuk menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata KDN mendapat persetujuan JAKIM untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain, akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan ijazah sarjana.

Beliau berkata mereka akan ditempatkan di JAKIM namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan.

 Pegawai PDRM ke JAKIM

“Dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada anggota dan pegawai yang mempunyai kelulusan agama. Jadi mereka akan ditempatkan di JAKIM untuk membantu dalam bidang penguatkuasaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Rasul Di Hatiku dan melancarkan penerbitan al-Quran Waqaf dan Ibtisa’ Bertaj-wid di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd Zahazan Mohamed; Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hazarudin Baharudin dan perintis al-Quran Waqaf dan Ibtida’ Tan Sri Hassan Azhari.

“Umat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, fahaman Syiah, ajaran sesat dan tuntutan keterlaluan oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO).
“Mengenai isu kalimah Allah, mengapa mereka (golongan Kristian) masih berdegil dan tidak menghormati keputusan mahkamah, penggunaan kalimah Allah dalam Bible hanya dibenarkan di Sabah dan Sarawak dan bukannya di Semenanjung,” katanya.

-BeritaHarian-

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KDN_JAKIMtubuhUnitPolisSyarie/Article

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");