Perak Hari Ini

Kehilangan MH370: DS Zambry Kesal Ada Pihak Ambil Kesempatan

tragedi mas_4

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata ketika rakyat sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan krew, ada pihak cuba mengambil kesempatan peribadi dan politik bagi memenuhi nafsu serakah masing-masing.

Jelasnya, tindakan menggunakan perbomohan dengan teropong dan tikar terbang nyata telah merendahkan nilai dan martabat negara.

“Yang paling mendukacitakan ialah apabila gambar saya turut dijadikan modal tanpa disedari dan saya amat kecewa dengan apa yang dilakukan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zambry juga menegaskan ada blog-blog tertentu yang menggunakan peluang ini untuk terus menghukumnya dan UMNO sebagai syirik, seolah-olah hukuman syirik boleh dijaja begitu murah untuk matlamat politik.

“Walhal saya langsung tidak tahu menahu apa yang dilakukan oleh Ibrahim Md Zin.

“Saya harap pihak kerajaan akan bertegas dalam hal ini dan marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah jua agar misteri MH370 ini akhirnya dapat dirungkaikan dengan segera,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");