Jenayah

Gadis cedera dikejar tiga anjing

cedera

GUA MUSANG – “Nasib baik tidak digigit anjing, jika tidak mungkin cedera lebih parah,” kata Zuraida Mat Arof, 22, kakak kepada Siti Zulaikha, 20 yang cedera kerana terjatuh ketika dikejar tiga anjing, petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku ketika beliau bersama adiknya berjalan di lorong belakang kedai di Jalan Besar kira-kira jam 7.30 petang sebelum tiga anjing tersebut mengejar mereka berdua.

Ketika sedang berlari kerana mengelak digigit anjing tersebut, Siti Zulaikha terjatuh menyebabkan dia mengalami kecederaan di kedua-dua lutut, manakala Zuraida tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zuraida yang tinggal di Kampung Pulau Setelu, Bertam berkata, dia bersama adiknya itu pernah melalui lorong berkenaan sebelum ini tetapi tidak pernah dikejar anjing.

Katanya, pada petang itu mereka tidak menyedari kehadiran tiga anjing liar tersebut yang terus mengejar mereka, menyebabkan mereka berdua lari ketakutan.

“Selepas adik saya terjatuh baru anjing berkenaan berhenti mengejar. Kemudian kami minta tolong beberapa penduduk yang melalui kawasan itu untuk hantar adik ke Hospital Gua Musang (HGM).

“Adik saya dibenarkan pulang kerana kecederaan yang dialami tidak teruk, tetapi dia masih takut untuk melalui lorong tersebut,” katanya.

Menurut Zuraida, mungkin tiga anjing itu mempunyai pemilik kerana haiwan berkenaan hilang secara tiba-tiba selepas adiknya terjatuh.

Sehubungan itu, Zuraida meminta pihak berkenaan mengambil tindakan tegas ke atas pemilik anjing berkenaan kerana melepaskan haiwan peliharaan berkeliaran tanpa pengawasan.

“Anjing garang seperti itu tidak seharusnya dilepaskan kerana ia boleh membahayakan orang ramai terutama kanak-kanak,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");