Isu Panas

Rakyat Semakin Tertekan Gara-gara Mainan Politik Air Di Selangor

ayaq

SHAH ALAM, 17 April – UMNO Selangor melihat bebanan kepada rakyat Selangor semakin teruk akibat catuan air yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata perkara ini memberikan beban yang berat kepada rakyat Selangor dalam menjalani kehidupan seharian kerana krisis bekalan air ini akan menjadi satu sejarah.

“Saya merujuk kepada fenomena terkini di Selangor di mana keluhan rakyat terhadap catuan air semakin hari semakin membimbangkan. Krisis air paling buruk adalah pada tahun 1998 apabila 4.2 juta rakyat terpaksa berkongsi 2,553 juta liter air sehari kurang 105 juta liter sehari.

“Bagaimanapun hasil daripada kelemahan kerajaan PR menangani masalah air, hari ini keperluan untuk 7.1 juta pengguna sebanyak 4,900 juta liter sehari terpaksa dikurangkan kepada 4,367 juta liter sehari berkurangan sebanyak 533 juta liter sehari,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Tambah beliau, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah mengingatkan kerajaan negeri bahawa Selangor akan menghadapi masalah bekalan air pada 2014 sekiranya projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak disegerakan malangnya kenyataan balas Menteri Besar mengatakan krisis air hanya akan berlaku pada 2019.

Jelasnya lagi Projek Langat 2 yang sepatutnya bermula pada 2010 dan akan siap dalam tempoh 39 bulan seharusnya telah siap pada tahun ini tetapi atas nama kepentingan politik PR keperluan asas rakyat digadaikan.

“Rakyat perlu tahu tanggungjawap menyediakan bekalan air mentah adalah dibawah tanggungjawap kerajaan negeri dan Syabas hanya dipertanggungjawapkan untuk membekalkan air kepada pengguna.

“Kenyataan Menteri Besar bahawa catuan air dibuat bukan untuk menyusahkan para pengguna sebaliknya demi menjamin perkhidmatan secara berterusan kepada rakyat adalah satu kenyataan kurang cerdik dan tidak memikirkan implikasi lain kepada negeri Selangor.

Atas desakan dan aduan yang berterusan daripada rakyat, UMNO Selangor kata beliau membuat pendirian supaya catuan air ini di hentikan serta merta dalam menjamin keperluan rakyat tidak terjejas.

“Sekiranya masalah catuan air ini masih tidak diselesaikan, satu perhimpunan menuntuk hak rakyat akan diadakan pada 4 Mei 2014. Perhimpunan menuntuk hak rakyat ini adalah satu simbolik terhadap Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat yang dilancarkan oleh Menteri Besar pada 2010,” ujarnya.

Dalam masa yang sama tambah beliau lagi UMNO Selangor akan menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana-mana individu dan syarikat yang mahu menyaman kerajaan negeri selepas mengalami kerugian disebabkan masalah catuan air ini.

“Saya menyeru rakyat Selangor supaya mengambil langkah berjimat cermat dalam penggunaan air kerana berdasarkan kenyataan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bahawa catuan dijangka akan berterusan hingga ke Julai 2014,” katanya.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");