Jenayah

Dua rakan didakwa merogol

didakwa merogol

KOTA BHARU – Dua rakan dihadapkan ke mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun 10 bulan dalam kejadian berasingan, April 2014.

Tertuduh, Husin Mohamed, 19, berhadapan tiga pertuduhan merogol mangsa yang sama itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yusoff Yunus, semalam.

Husin didakwa merogol mangsa dari Pengkalan Chepa itu di pondok buruk tanpa nombor di Chekok lebih kurang jam 7.15 petang, 2 April 2014.

Dia juga didapati melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, lebih kurang jam 9.30 malam pada hari dan di lokasi yang sama.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan turut merogol remaja terbabit di pondok sama, kira-kira jam 4 pagi pada 3 April 2014.

Seorang lagi tertuduh berusia 18 tahun, turut didakwa merogol mangsa sama di sebuah hotel di Kota Bharu, antara jam 12 hingga 1 pagi pada 3 April 2014.

Kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh. Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin. Kes bersambung 20 Mei ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");