Jenayah

Mekanik didenda RM25,000 tuduhan seludup rokok

jenayah

KANGAR: Seorang lelaki dikenakan hukuman denda RM25,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan menyeludup rokok pada Jun tahun lalu.

Keputusan dibuat Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri, ke atas tertuduh, Goh Teik Beng, 40, dan jika gagal menjelaskan denda tertuduh boleh dikenakan penjara setahun.

Teik Beng yang juga mekanik dari Langkawi, pada 29 Jun tahun lalu kira-kira jam 6.45 pagi ditahan di tepi jalan Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun, berdepan tapak pembinaan Taman Kurong Anai Jaya di Ulu Pauh, sebelum pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa menemui barang larangan iaitu rokok pelbagai jenama bernilai RM1,957.81 di dalam kereta miliknya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama membabitkan hukuman tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Abdul Malik Awang Kechik@Ramli.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");