Jenayah

Dua mati panas lauk

siasatan

Kota Marudu: Hasrat seorang bapa untuk menyediakan sarapan buat keluarganya tidak kesampaian apabila dia ditemui rentung bersama seorang anaknya dalam kebakaran di Kampung Kirangawan, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.05 pagi itu, mangsa, Maijun Napas, 42, dan anak lelakinya, Alexwin Maijun, 5, ditemui dalam keadaan rentung di bawah sisa kebakaran di ruang tamu oleh anggota bomba.
Ketika kejadian, dua beranak berkenaan dipercayai sedang tidur bersama seorang lagi anak, Selisia Ester, 8, yang berjaya menyelamatkan diri selepas terjun dari tingkap rumah.

Sepupu mangsa, Vivi Adrianti Simar, 21, berkata, ketika kejadian dia bersama keluarganya sedang tidur sebelum bapanya menjerit mengatakan kebakaran berlaku di rumah mangsa.

“Bapa saya sedang tidur dan terjaga selepas terhidu bau asap lalu melihat rumah sepupu yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah kami sedang terbakar.

“Selepas itu bapa saya menjerit menyebabkan kami sekeluarga terjaga lalu segera membantu memadamkan api.

“Saya kemudian terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kota Marudu dan beberapa minit kemudian, sepasukan anggota bomba tiba dan memadam api berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Vivi berkata, Selisia memaklumkan sebelum kejadian itu, bapanya memanaskan lauk untuk dijadikan sarapan buat mereka sekeluarga.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");