Jenayah

Tayar pesawat MH192 meletup ketika berlepas – MAS

mas

KUALA LUMPUR: Pesawat MH192 yang dalam penerbangan ke Bangalore, India malam tadi terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas, menurut kenyataan Malaysian Airlines (MAS).

Pesawat dengan 159 penumpang dan 7 anak kapal itu yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam tadi, selamat mendarat pada jam 1.56 pagi tadi.

“Kapten segera dimaklumkan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Malaysia Airlines pada jam 10:25 malam.

“Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines, pesawat berkenaan dikehendaki berpatah balik ke KLIA,” menurut kenyataan itu.

Penerbangan MH192 dijadual semula pada 3.30 petang ini dan akan tiba di Bangalore pada jam 5.00 petang nanti.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");