Jenayah

Rempuh tiang angkara mat rempit

rempit

BAGAN SERAI – Gara-gara mengelak seorang mat rempit, seorang warga emas nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terbalik dan merempuh sebatang tiang elektrik di bahu jalan di Batu 4 Jalan Siakap, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia lingkungan 62 tahun dikatakan hilang kawasan selepas cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang secara melulu dan cuba memotong keretanya secara tiba-tiba.

Mangsa hanya ingin dikenali sebagai Rahman berkata, sewaktu kejadian, dia sedang memandu kenderaan secara bersendirian dari Kuala Kurau menghala ke Bagan Serai.

“Mujurlah kenderaan saya terkandas pada tiang elektrik itu. Jika tidak, sudah tentu saya akan tenggelam ke dalam parit berhampiran.

“Kemalangan itu menyebabkan saya mengalami kecederaan ringan namun saya bersyukur tiada ahli keluarga turut bersamanya sewaktu kejadian,” katanya.

Rahman berkata, susulan insiden itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian.

Saksi kejadian, Rizal Sarnudi, 24, pula berkata, dia juga hampir terbabit dalam kemalangan tersebut kerana kereta mangsa hampir merempuh beberapa kenderaan lain di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");