Jenayah

Inspektor mengaku tidak bersalah tipu wanita

mahkamah

BUTTERWORTH – Seorang Inspektor polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menipu seorang wanita membabitkan wang tunai RM3,500 tiga tahun lepas.

Fazli Salim, 33, bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Seberang Perai Tengah (SPT) didakwa menipu Noor Diana Hanafiah dengan meminta RM3,500 untuk menarik balik satu laporan polis yang dihadapi wanita itu.

Fazli didakwa meminta wang itu bagi pihak pengadu iaitu Rosli Mohamad, 56, yang membuat laporan polis terhadap Noor Diana.

Bagaimanapun, jumlah sebenar yang diminta oleh Rosli untuk menarik balik laporan polis itu ialah RM1,700.

Fazli melakukan kesalahan itu di bilik pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD, SPT pada 3.05 petang, 2 Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Julie Lack membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 22 Mei depan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Ghazali Mohamad Nadzri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");