Berita Hari Ini

Krisis air: Jangan jejas operasi syarikat

sumber internet air

PETALING JAYA – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap krisis air di Selangor dapat diselesaikan dalam masa terdekat sebelum lebih menjejaskan operasi syarikat tempatan dan luar negara di negeri itu.

“Kita harap hujan lebat kebelakangan ini dapat menyelesaikan masalah buat sementara waktu. Namun satu langkah penyelesaian jangka panjang perlu dilaksanakan secepat mungkin,” kata beliau selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penghargaan kepada warga kementeriannya di sini, hari ini.

Beliau berkata selaku menteri yang bertanggungjawab dalam pelaburan, beliau mahu memastikan iklim pelaburan di Malaysia sentiasa berkeadaan baik.

“Yang paling penting kita sudah lama cakap bahawa Selangor akan mengalami krisis air. ‘Reserve margin’ air di Selangor dua peratus sahaja. Itu dalam keadaan biasa. Dalam keadaan kemarau memang tak cukup air,” jelasnya lagi.

Margin optimum yang disarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ialah sekitar 10 hingga 15 peratus.

Mustapa berkata pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 sangat penting dan berterima kasih kepada kerajaan Selangor kerana bersetuju melaksanakan projek tersebut meskipun lewat lima tahun.

“Kita berharap tiada halangan lagi selepas ini kerana air ini keperluan asas. Sesetengah syarikat perlukan air yang banyak untuk mengeluarkan barangan. Kita nak jadi negara maju, keperluan asas perlulah dipenuhi,” tambahnya lagi.

Sebelum itu, Mustapa menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 71 warga MITI serta menyampaikan sijil penghargaan dan dinar emas kepada 19 orang pegawai bersara wajib dan 13 orang pegawai bersara pilihan.

Seramai 28 orang pegawai yang berkhidmat lebih daripada 35 tahun turut menerima sijil penghargaan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");