Perak Hari Ini

Perak Negeri Ke-5 Lancar SPPIM

PERAKTODAY

Perak menjadi negeri kelima di negara ini yang memperkenalkan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Semalaysia (SPPIM) yang boleh diakses melalui laman web www.sppim.gov.my, mulai 1 Mei depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, berkata SPPIM meliputi beberapa modul antaranya pra perkahwinan, pra perkahwinan online, benar nikah, benar nikah online serta nikah dan cerai melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tambah Mohd Nizar lagi, dengan kaedah penyaluran maklumat ini, ia akan memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkahwinan secara lebih efisien dan teratur.

“Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) amnya sentiasa menitikberatkan kepada perkembangan perkhidmatan terutama sekali yang berkaitan dengan polisi yang bersifat teknologi maklumat (IT),” katanya lagi.

Sementara itu, menurut pengarah jabatan tersebut, Datuk Mohd Yusop Husin, SPPIM bakal dilancarkan ke seluruh Perak bermula 1 Mei nanti.

Beliau turut menegaskan pelancaran 7 modul pemahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat Perak yang menjadi garis panduan untuk memberi pendedahan sebenar kepada umat Islam mengenai fahaman tersebut.

PERAKTODAY1

“Modul berkenaan bagi memberi pendedahan mengenai aqidah sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah selain bertujuan untuk menghapuskan pencemaran aqidah yang berlaku kini,” katanya.

Pendedahan menyeluruh kepada guru tadbir, guru-guru bertauliah yang mengajar di setiap masjid di Perak mengenai modul berkenaan bakal dilaksanakan kelak supaya maklumat berkenaan boleh disampaikan pula kepada masyarakat umum dalam masa yang terdekat, katanya.

Jelasnya lagi, ianya merupakan satu langkah proaktif JAIPk bagi mengatasi kekeliruan fahaman mengenainya yang ternyata jauh tersasar.

Mengulas pula mengenai penganjuran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 yang dianjurkan oleh JAIPk, Mohd Nizar berkata, ia merupakan satu bentuk penghargaan yang diberikan sebagai menghargai sumbangan dan  satu nilai tambah kepada setiap penjawat di jabatan terpilih.

“Pegawai dan penjawat daripada badan profesional terpilih akan berhadapan dengan tugasan yang semakin mencabar dan memerlukan pelbagai bentuk kemahiran khusus terutama sekali dalam bidang agama,” katanya.

Ujarnya lagi, sudah menjadi harapan setiap pihak jabatan untuk menghargai tiap pegawai dan penjawat yang terpilih berpandukan pretasi dan kriteria yang ditonjolkan oleh mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");