Sukan Hari Ini

Arsenal belum selesai belanja pemain

arsenal 2

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger memastikan bakal mendatangkan pemain baru lagi di bursa perpindahan pemain untuk memperkuatkan pasukan untuk bersaing gelaran  juara Liga Perdana Inggeris musim depan.

Perkara ini didedahkan Wenger selepas pertemuan ujian menentang Borehamwood yang dimenangi mereka dengan skor 2-0, kelmarin.

Arsenal sendiri baru merekrut dua pemain, Alexis Sanchez dan Mathieu Debuchy dengan nilai berjumlah RM272 juta.

“Belanja kami belum selesai, masih banyak waktu. Saya tidak boleh memberitahu nama-nama itu tapi kami akan berbelanja untuk memperkuat cabaran kelab ini,” katanya.

Terbaharu, The Gunners mahu membeli pemain tengah asal Jerman yang bermain dengan Real Madrid, Sami Khedira serta posisi penjaga gol iaitu, Iker Casillas dan Guilermo Ochoa.

Selain itu, Wenger juga mengisyaratkan akan melepas Thomas Vermaelen yang pada musim lalu kalah bersaing dengan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny merebut posisi bek tengah pasukan.

“Saya tak pasti adakah Vermaelen akan kekal tapi pasti akan mencari bek tengah baru jika dia pergi,” kata Wenger.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");