Membawang Hari Ini

Komedi menarik dalam 7 Hari Nak Raya

komedi terbaik

Telefilem khas papar pengalaman lucu gara-gara mahu balik kampung sempena Aidilfitri

Dalam banyak persediaan untuk menyambut Aidilfitri, tentunya banyak perkara yang harus diurus dan dilalui.

Bagi warga kota yang akan pulang berhari raya di kampung halaman, tentunya persediaan dilakukan lebih awal untuk memastikan dapat pulang beraya dengan tenang. Namun, musibah dan masalah yang berlaku tidak disangka merencatkan persediaan itu.

Itulah konsep cerita komedi tetapi bermesej dalam satu lagi drama bertemakan Aidilfitri yang akan disiarkan TV3 pada hari raya pertama atau 1 Syawal ini. Ia disiarkan pada jam 10.30 pagi.

Produksi Macheallstar United Sdn Bhd menyediakan telefilem berjudul 7 Hari Nak Raya yang menampilkan pelakon Azad Jazmin (Maswari), Zahiril Adzim (Dhani), Taiyuddin Bakar (Omar) dan Yana Shamsudin (Muni) serta penampilan khas, Aida Khalida dan Kazar Saisi. Telefilem ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin.

Drama yang akan menemui penonton pada raya pertama di TV3 jam 10.30 pagi ini mengisahkan empat rakan sekampung yang bekerja di Kuala Lumpur. Mereka mahu pulang beraya bersama ke Kodiang, Kedah, tetapi ditimpa pelbagai masalah dan musibah seminggu sebelum hari raya. Walaupun ditimpa pelbagai masalah, mereka dapat atasi bersama dan menjadikan ia satu kenangan hari raya yang teristimewa.

Kisah pulang beraya

Kisahnya bermula pada tujuh hari sebelum raya apabila Maswari sangat gembira bila melihat kereta MyVi yang siap dengan begitu cantik dan sporty untuk pulang beraya nanti. Malangnya kereta Myvi Maswari dicuri menyebabkan Maswari terus pengsan akibat terlalu terkejut.
Mereka juga terpaksa menyewa kereta untuk pulang ke kampung kerana semua tiket bas dan kereta api sudah habis. Sementara itu, Omar yang gemar menukar imej menjadi jejaka K-Pop telah mencuba mendapatkan rawatan kulit di sebuah pusat kecantikan. Malangnya, kulitnya mengalami alahan mengakibatkan dia mengalami keradangan kulit sehingga berbintik-bintik dan gatal.

Musibah terhadap empat sekawan ini tiada kesudahan apabila keesokan pagi, Dhani pula terpaksa minta bantuan penyelia bangunan untuk buka paip bagi mengeluarkan cincinnya. Selepas mencuba, akhirnya Dhani dapat juga cincinnya itu, tetapi Maswari begitu marah kerana Dhani tidak pernah beritahu mengenai hubungan Dhani dengan adiknya, Muni.

Dapat kereta sewa

Sementara itu, Omar mencuba pelbagai jenis ubat, tetapi semua tidak berhasil malah jadi lebih teruk. Muni berjaya mendapatkan kereta sewa yang juga MyVi dan mereka berempat bertolak ke kampung pada malam itu juga.

Untuk mengelakkan kesesakan jalan, Maswari mencadangkan supaya mereka ikut jalan lama. Malangnya, kedua-dua belah tayar pancit di pertengahan jalan.

Selepas berjam-jam dalam perjalanan, Maswari, Muni dan Omar tiba di kampung halaman mereka. Dhani pula masih belum sampai dan dijangka akan bertolak awal pagi keesokan harinya. Namun, masalah lain pula berlaku kepada mereka.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");