Berita Hari Ini

‘Hantar ahli patologi kita ke Belanda’

tragedi mh17

Datuk Seri Najib Razak akan berlepas ke Belanda, Rabu depan bagi membincangkan isu nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, berkata, Perdana Menteri akan bertemu dengan rakan sejawatannya, Mark Rutte di The Hague, pada hari raya ketiga bagi membincangkan pembabitan ahli patologi Malaysia untuk membantu dalam mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa nahas terbabit.

“Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan untuk mendapatkan akses sepenuhnya ke lokasi nahas pesawat MH17 bagi membolehkan kumpulan penyiasat antarabangsa melengkapkan siasatan secara komprehensif untuk menentukan punca nahas dan pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Pada 21 Julai lalu, Malaysia memperoleh persetujuan bagi penyerahan mayat mangsa dan kotak hitam serta penyiasat antarabangsa mendapat akses ke tapak nahas. Keputusan itu hasil persetujuan yang dicapai Perdana Menteri dengan ketua kumpulan pemisah, Alexander Borodai.

Najib menegaskan, persetujuan bersama pihak yang mengawal lokasi nahas membabitkan tiga perkara, iaitu penyerahan kotak hitam kepada Malaysia, memulangkan mayat mangsa dan penyiasat antarabangsa diberi akses penuh ke lokasi nahas untuk siasatan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");