Membawang Hari Ini

Nikah: Saida Tunggu Restu Ibu

Penyanyi Saida yang juga kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, memberitahu Media Hiburan, bahawa dia masih menunggu restu daripada ibunya untuk bernikah lagi, setelah berpisah dengan suaminya pada Oktober 2011.

Apabila ditanya, apakah ibunya belum memberi restu?

“Apa-apa sahaja perkara perlu mendapat restu dari ibu. Sama juga seperti berkahwin, kena dapatkan restu ibu, baru perkahwinan tersebut bahagia,” jelas Saida sambil tersenyum.

Sebelum ini, Saida sendiri telah mengakui bahawa dia kini berkawan baik dengan seorang pengusaha produksi yang mahu dikenali sebagai Apit. Menurut laporan, Apit berusia 34 tahun dan berasal dari Balik Pulau.

Pasangan ini dikatakan semakin rapat selepas kedua-duanya selalu berjumpa perihal kerja dalam hal berkaitan produksi Siti Nurhaliza Production (SNP).

Untuk rekod, Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin telah berpisah dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada Oktober 2011.

– Media Hiburan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");