Jenayah

Temui adik tidak bernyawa

Mayat Selvarani

REMBAU – “Kebiasaanya adik, M Selvarani, 48, sudah bangun awal pagi lagi, namun pada hari ini adik tidak bangun tidur sehinggalah anak saya mengambil keputusan mengejutkannya,” luah M Mohan, 49, ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Selvarani yang mempunyai penyakit sawan ditemui sudah tidak bernyawa di bilik tidurnya di Taman Sedia Raja, dekat sini, semalam.

Menurut Mohan, adiknya itu belum berkahwin dan bertanggungjawab menjaga adiknya yang kurang sihat sejak dari kecil lagi memandangkan dia satu-satunya adik-beradik lelaki dari tujuh beradik.

“Saya sangat sayangkan dia, bila anak saya, Saravanan, 24, menghubungi saya dan menyatakan Selvarani sudah meninggal dunia saya segera datang ke bilik mayat Hospital Tampin bagi melihat keadaannya.

“Di rumah ketika ini, semuanya sedang bersedih kerana kami benar-benar sayangkan Selvarani,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");