Isu Panas

Sindiran ‘tajam’ Khalid

khalid 1

Shah Alam: Seolah-olah memberi sindiran kepada pihak tertentu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya berpegang kepada amanah dengan menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang layak atau berdepan dengan kehancuran.

Kenyataan Abdul Khalid itu dianggap paling ‘tajam’ sejak krisis jawatan menteri besar tercetus Julai lalu apabila beliau turut memetik hadis Rasulullah SAW ketika berucap pada Persidangan Ikrar Integriti Tahunan Ke-3 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS): Dari Komitmen Kepada Kepatuhan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, semalam.

Walaupun beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hadis dibacanya, namun tetamu yang hadir percaya ia mempunyai kaitan dengan keadaan semasa politik di negeri itu.

Beliau berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda, ‘Di saat amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran, lalu sahabat bertanya, ‘bagaimana orang yang tidak berpegang teguh kepada amanah itu’.

“Maka Rasulullah menjawab, sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran,” katanya.

Petikan hadis dibacakan Abdul Khalid dalam ucapannya itu membayangkan ia mungkin sindiran kepada pihak tertentu yang memintanya berundur daripada jawatannya bagi membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menduduki jawatan itu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");