Sukan Hari Ini

Mohana kecewa gagal sumbang pingat pertama negara

mohana

M. MOHANA , wakil tunggal negara bagi acara taekwondo di temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) kecewa apabila gagal menyumbang pingat pertama negara pada hari keempat temasya edisi kedua di sini hari ini.

Beliau yang beraksi dalam kategori wanita berat badan bawah 63kg tumpas dengan mata 1-15 kepada wakil dari Colombia, Yopasa Gmez Debbie pada aksi suku akhir di Dewan D, Pusat Ekpo Antarabangsa Nanjing dekat sini.
Mohana berkata beliau telah membuat persiapan rapi sebelum ini namun semuanya tidak menjadi apabila banyak melakukan kesilapan.
“Fizikal lawan yang mempunyai kelebihan dengan kaki yang panjang memudahkan beliau mencuri mata,” katanya kepada Bernama.
Beliau bagaimanapun berazam untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang ada agar mampu beraksi dengan lebih baik pada kejohanan berikutnya selepas ini.
Sementara itu, jurulatih skuad pelapis taekwondo negara, S. Sarawanan berkata beliau berpuas hati dengan persembahan keseluruhan anak didiknya itu walaupun gagal menyumbang pingat untuk negara.
“Beliau (Mohana) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan memberi tentangan hebat kepada lawannya, namun nasib tidak menyebelahinya walaupun  kita telah melakukan perancangan rapi sebelum datang ke sini,” katanya.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Mohana mempunyai potensi untuk pergi ke peringkat yang lebih jauh dan mempunyai bakat besar dalam sukan taekwondo.
“Kita ketandusan atlet berbakat dalam sukan teakwondo dan saya yakin bahawa Mohana mampu membawa sinar baharu bagi acara taekwondo dalam masa tiga atau empat tahun lagi,” katanya. – Bernama
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");