Perak Hari Ini

‘Hanya Sekadar Teguran Seorang Bapa Kepada Anak’: UMNO Bahagian Gopeng

Barisan kepimpinan UMNO Bahagian Gopeng berpendapat bahawa teguran terbuka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai satu teguran daripada seorang bapa kepada anaknya.

Menurut Ketua UMNO Bahagian, Senator Datuk Hamzah Mohd Kasim, kesetiaan rakyat terhadap pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri tetap kukuh walaupun berhadapan kritikan terbuka daripada Tun Mahathir.

“Kami merasakan teguran tersebut tidak perlu berlaku sedemikian rupa kerana keadaan ekonomi serta negara juga berada dalam keadaan yang cukup baik,” katanya.

Tambahnya lagi, teguran sebaliknya diberi dengan cara yang lebih berhemah supaya tidak disalah tafsirkan oleh semua sekaligus tidak memberi kesan kepada pentadbiran dan pembangunan negara.

“Masyarakat kita berbilang bangsa dan mereka mungkin mentafsirnya dengan pandangan yang berbeza.

“Kita sayangkan Tun Mahathir selaku tokoh negara yang sukar dicari ganti dan jasanya akan sentiasa dihargai hingga ke akhir hayat,” katanya kepada pemberita di Gopeng, hari ini.

Tambah Hamzah lagi, kepimpinan UMNO Bahagian Gopeng turut berpegang kuat terhadap semangat perjuangan parti iaitu bersatu, setia dan berkhidmat.

hk1

“Perdana Menteri merupakan pemimpin negara yang dihormati dan kita akan sentiasa menyokong kepimpinan dan dasar-dasar yang diperkenalkannya,” jelas beliau lagi.

Katanya lagi, tugas dan amanah yang dipikul Perdana Menteri tempoh masih terlalu awal untuk dinilai dan dikritik.

“Beliau sentiasa terbuka untuk menerima pandangan yang perlu dinilai oleh semua pihak.

“Ini merupakan amanah buatnya bagi menentukan negara bangsa bagi menikmati keamanan.

“Kita berharap agar perkara ini dapat diselesaikan menggunakan budi bicara dan kewibawaan barisan kepimpinan tertinggi,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");