Sukan Hari Ini

Bundesliga: Alonso hampir jadi milik Bayern

XABI ALONSO ANNOUNCES HIS RETIREMENT FROM SPANISH NATIONAL TEAM

BERLIN: Juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich, hari ini mengumumkan sudah bersetuju dengan terma bagi perpindahan pemain tengah Sepanyol, Xabi Alonso dari Real Madrid.

Alonso yang masih mempunyai kontrak bersama Real sehingga 2016 dijadualkan menjalani ujian perubatan di Munich, hari ini ketika Bayern sedang memuktamadkan perjanjian bersama terbabit.

Pengumuman itu dibuat selepas sehari bekas pemain Liverpool itu mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa.

Pemain berusia 32 tahun itu menjadi antara tonggak Sepanyol yang menjuarai Kejuaraan Eropah pada 2008 dan 2012 serta gelaran pertama Piala Dunia pada 2010.

Begitupun, penampilan terakhirnya di pentas antarabangsa berakhir dengan penuh duka apabila Sepanyol yang berstatus penyandang juara tersingkir seawal pusingan pertama di Piala Dunia Brazil susulan kekalahan kepada Belanda dan Chile.

Di Bayern, Alonso dijangka akan memainkan peranan utama di bahagian tengah selepas Pep Guardiola kehilangan beberapa pemain utamanya akibat kecederaan termasuk Javi Martinez, Bastian Schweinsteiger, Rafinha dan Thiago Alcantara selain Toni Kroos yang mengubah haluan ke Real.

Kecederaan turut menyaksikan Bayern turut menguatkan jentera pertahanan dengan kehadiran pertahanan Mahgribi, Mehdi Benatia menerusi perjanjian selama lima tahun bersama kelab Itali, AS Roma.

Bayern memulakan kempen Bundesliga musim ini dengan kemenangan 2-1 ke atas Wolfsburg dan akan berkunjung ke Schalke, Sabtu ini. – AFP

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");